Tuesday 8 October 2013

Resepi kentang goreng kicap

This kind of dish is usually made specially for my younger sister yg plg kecil tu, favourite dia smpai meratah2. lauk ni sedap buat side dish untuk lauk yg berat spt kari and sambal ayam. senangnya ya ampun pejam mata pun ley buat. hehe. check it out. 


Bahan-bahan :

6biji kentang sederhana besar- dipotong 6
2 biji telur- dikocok
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
halia
lada benggala
serbuk lada sulah
1 senduk kicap
5 sudu besar sos cili 
5 sudu besar sos tomato
garam & gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng kentang sampai empuk and bewarna keperangan dalam minyak gorengan terendam. angkat dan ketepikan.
2. Dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bwg putih, halia. kemudian campakkan lada benggala, sos cili, sos tomato, kicap, lada sulah, garam & gula.
3. masukkan pula kentang. gaulkan lebih kurang akhir sekali tuang telur dan kacau hingga jadi scramble egg. siap :)






Monday 7 October 2013

Resepi kari daging


Menu kt rumah hari ni simple je, kari daging. mcm2 versi kari yang saya jumpa di internet. Kebanyakannya menggunakan terlalu banyak bahan dan rempah sehingga diletak blackpepper dan mcm2 lagi. Namun pada saya, jika terlalu banyak rempah and bahan, kari akan jadi kurang sedap kerana terlalu banyak rasa yang perlu diseimbangkan. resepi simple warisan turun menurun keluarga juga yang enak tanpa bahan yang terlalu complicated. Untuk msakan kari di rumah, abah and mak suka kari cair untuk dibuat kuah dimakan bersama nasi putih, saya dgn adik2 pula lebih suka kuah kari pekat ala mamak, sedap dicecah bersama roti. di bawah adalah resepi kari versi yang pekat sedikit. kalau xsuka boleh la tambah air ya.



Bahan A:


1kilo daging
3 inci halia
kentang-direbus hingga empuk
tomato
santan dari 1biji kelapa
3 biji asam jawa- digaul dengan sedikit air
2 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
secubit jintan manis
secubit jintah putih
1 batang serai diketuk
2 batang daun kari
2 senduk serbuk kari baba's
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Bahan B (diblender bersama) :

2 senduk lada kering
1 biji bawang merah       
3 biji bwg putih

Cara-cara:
1. Rebus daging dengan halia sampai empuk and air hampir kering.
2.Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga,jintan manis, jintah putih sehingga naik bau. 

3. Ambil 2senduk daripada bahan B dan tumis sampai pecah minyak. baki cili blender tersebut boleh disimpan dlm peti ais untuk kegunaan akan datang.
4. campak serai, daun kari, kacau. kemudian masukkan sedikit demi sedikit serbuk kari dan serbuk kunyit, tumis sehingga naik bau. 
5. masukkan santan, biarkan ia mendidih bru masukkan air asam, air biasa dan daging. kacau selalu agar tidak pecah santan. didihkan sehingga kuah agak pekat dan naik minyak.
6. akhir sekali masukkan kentang dan tomato. siap :)


Thursday 3 October 2013

Resepi Nasi Goreng Black Pepper

hari ni hari malas untuk masak. terfikirkan hidangan yang simple and cepat siap... nasi goreng blackpepper.



Bahan-bahan :

4 cawan nasi sejuk
isi ayam dipotong kecil2
serbuk blackpepper-saya buat homemade je lg sedap dari beli di kedai yg ade MSG.kisar kasar je biji blackpepper.
garam

bahan kisar;

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 sudu sos blackpeper
3 biji cili padi hijau
segenggam ikan bilis

1. tumbuk  atau kisar semua bahan2 kisar tanpa air. saya guna blender kering je, taruk sikit minyak. kemudian tumiskan.
2. campakkan isi ayam dan masak sampai ayam masak.

3. kemudian campak pula nasi putih.gaulkan dan sebatikan.
4. letak pula serbuk blackpepper. angkat dan siap dihidangkan.



Friday 27 September 2013

RESEPI SUP TULANG KAMBING


Tadi pagi saya ikut mak ke pasar, jarang kami ke pasar sebab lebih senang belanja di kedai runcit bersekatan rumah je, ada mini pasar setiap hari kecuali hari isnin. Jadi setiap hari mudah la nak dapat lauk pauk segar untuk dimasak. namun, sesekali bila rajin dan ada masa kami ke pasar juga la sebab sini lebih banyak pilihan dan murah. so seperti biasa kalau ke pasar mesti singgah ke kedai daging. terpandang pula tulang kambing. jarangla kami nk masak kambing sebab tiada pressure cooker di rumah. takut tak sedap pula masak tulang. Namun beli jugak tulang ni sebab murah harganya sekilo hanya rm10. Beli 1/2 kilo saja, amek part tulang kaki and peha. part tula yang menjadi kegilaan penggemar kambing. mesti ada straw untuk sedut isi dalam tulang tu nanti.. slrpppp bayangkan pun da terliur..

Sampai di rumah pon terus kami pong pang di dapur menyiapkan juadah tengah hari....resepi sup simple cara mak saya seperti yang tertera di bawah.

Resepi:

1/2 kilo tulang kambing
1 biji Bwang merah - hiris kasar
3 biji bawang putih - hiris nipis
1 batang kayu manis
2biji bunga lawang
3biji bunga cengkih
2biji uah pelaga
sup bunjut
halia 2inci - hiris kasar
air secukupnya
garam dan sedikit perasa

1. guna minyak sikit je tumis lebih kurang rempah 4sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, cengkih dan     pelaga, masukkan bawang merah dan bawang putih, kemudian campak halia.
2. pastu letak air secukupnya menutupi tulang2 tersebut. campakkan sup bunjut. JANGAN LETAK GARAM DULU YA nanti daging lambat empuk. rebus daging tersebut sampai empuk. saya rebus 1 jam 45 minit, hasilnya wallah mcm guna pressure cooker. guna periuk tinggi agar air tak mudah melimpah keluar and jgn lupa kacau sesekali tulang tersebut. Jika air surut sangat tambah lagi. pandai2 adjust la ya.
3. akhir skali, perasakan dengan garam dan perasa sebelum diangkat. taburkan daun sup dan bawang goreng sebelum hidang. saya guna homade bawang goreng je. minyak bawang goreng tu saya campak pula dalam periuk sup.. memang kick terangkat dibuatnya. 

sekian saja resepi campak2 kita pada hari ini :)





Wednesday 28 August 2013

Sotong Masak Kunyit

Untuk masak sehari-sehari saya lebih selesa menggunakan resepi campak-campak je.. semua bahan yang digunakan bergantung kepada bahan yang sedia ada di rumah. setiap keluarga mesti ada cara yang tersendiri dalam menyediakan juadah harian untuk keluarga. Lain orang lain caranya. namun, juadahnya hampir sama saja. salah satu lauk yang cukup sinonim dengan orang melayu adalah sotong masak kunyit. cara saya masak sotong adalah seperti di bawah, maaf ye semua bahan pakai agak2 aje. hehe.



Bahan-bahan:

1/2 kg sotong-dipotong ikut suka
1 biji bawang besar-dihiris
3 biji bawang putih-dihiris
1 cm halia-dihiris
1/2 cm kunyit hidup-dihiris
lada benggala/lada merah dan hijau-dihiris
1sudu kecil serbuk kunyit
3sudu minyak
sedikit garam

cara-cara:

1.Panaskan minyak.
2.tumis bawang besar sebentar saja, kemudian angkat dan ketepikan (bagi memastikan bawang tak layu and lembik semasa masak sotong).
3. masukkan bawang putih, halia, lada, kunyit hidup serta serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau. perasakan dengan garam. ps: tak perlu letak air ye kerana sotong ni akan keluarkan air dengan sendirinya. kalau letak air nanti meladung pula airnya.
4. masukkan sotong dan kacau. jangan masak terlalu lama nanti sotong keras dan liat. lagipun sotong sangat cepat masak. kalw potong kecil2 seperti saya, sebaik saja sotong melengkung sedikit bermakna dah masak dan sedia diangkat. 5. masukkan bawang besar yang sudah ditumis sebelumnya dan gaulkan sebelum diangkat. siapp :)






Friday 23 August 2013

Resepi Udang Masala

Sebelum ni saya pernah rasa udang masala ni di salah satu rumah terbuka kenalan. Apabila merasa saja juadah udang masala ni, terus mulut ni mengumam "emmmm sedapnya". Dalam hati terus terdetik untuk mencari resepi udang ini, pasti akan ada blogger2 otai yang mempunyai resepi udang ini dalam blog mereka. Bermacam versi resepi online yang ada, namun saya rasa resepi dari Ayu ini lah yang paling tepat dengan rasa udang yang saya jamah sebelumnya. saya pasti bahan utama yang digunakan adalah rempah2 seperti rempah beriani, kari dan tairu (yoghurt). jangkaan saya tepat apabila saya berjumpa dengan resepi nukilan Ayu. begitulah apabila saya merasa sesuatu makanan, saya suka mengagak-agak apakah bahan utama dalam masakan tersebut. Alhamdulillah apabila dicuba, resepi ini sama persis dengan udang yang saya jamah sebelum ini. Credit goes to Ayu. tq ya Ayu. Saya juga mengolah resepi ini mengikut bahan yang sedia ada dan citarasa keluarga saya. Pastinya saya akan mengulang resepi ini di masa akan datang kerana ianya sangat disukai oleh ahli keluarga.

                                              



Original Sources: Mumtaj Begum Bte Omar-dari buku masakan Asmah Laili, Minta Ampun Sedapnya.

Bahan untuk Udang Masala
2 kg udang besar, kira-kira 20 ekor setiap satu 12cm panjang
Bahan A - digaul rata dan dikisar halus

10 biji bawang besar
6 batang lada hijau- saya skip sebab adik xsuka pedas
4 batang lada merah- saya skip
20 cm halia
10 biji bawang putih
6 biji tomato
6 sudu makan tomato pes atau puree
2 sudu makan serbuk kari daging- saya tambah  1 senduk
2 sudu makan serbuk rempah beriani- saya tambah 1 senduk
2 sudu teh serbuk jintan halus- saya tambah stgh senduk
4 sudu teh serbuk ketumbar-saya tambah suku senduk
1 senduk serbuk masala-boleh dibeli di kedai india
gula secukup rasa-ni saya tambah untuk menyeimbangkan rasa masam dan menyerlahkan rasa.

Bahan B - dikisar halus dan dicampurkan menjadi paste

1 cawan tairu
1 cawan badam
1 cawan kacang gajus
Bahan C
2 batang serai, dititik
3 biji bawang besar, dihiris halus
2 jari kayu manis
10 biji pelaga
10 kuntum cengkih
2 genggam daun ketumbar
2 genggam daun pudina
2 helai daun pandan
15 sudu makan ghee
15 sudu makan minyak

Cara - cara

Panaskan minyak, goreng udang sebentar, angkat dan ketepikan.  Panaskan minyak dan ghee didalam periuk. Tumis pandan dan serai sehingga wangi.  Masukkan kayu manis, pelaga dan cengkih.  Tumis lagi selama 5-10 minit. Masukkan hirisan bawang dan masak sehingga bawang layu dan kuning.  Masukkan pula rempah kisar "A", daun ketumbar, pudina dan masak lagi selama 20-25 minit dan kacau setiap 5 minit.  Setelah 30 minit masukkan semua Bahan B, gaul rata dan masak lagi selama setengah jam dengan api sederhana.  Jangan lupa kacau setiap 10 minit. Ini membantu memekatkan kuahnya.  Matikan api, segera masukkan udang goreng semasa rempahnya sedang panas. Gaul rata dan biarkan meresap sehingga naik minyaknya.