Friday 23 August 2013

Resepi Udang Masala

Sebelum ni saya pernah rasa udang masala ni di salah satu rumah terbuka kenalan. Apabila merasa saja juadah udang masala ni, terus mulut ni mengumam "emmmm sedapnya". Dalam hati terus terdetik untuk mencari resepi udang ini, pasti akan ada blogger2 otai yang mempunyai resepi udang ini dalam blog mereka. Bermacam versi resepi online yang ada, namun saya rasa resepi dari Ayu ini lah yang paling tepat dengan rasa udang yang saya jamah sebelumnya. saya pasti bahan utama yang digunakan adalah rempah2 seperti rempah beriani, kari dan tairu (yoghurt). jangkaan saya tepat apabila saya berjumpa dengan resepi nukilan Ayu. begitulah apabila saya merasa sesuatu makanan, saya suka mengagak-agak apakah bahan utama dalam masakan tersebut. Alhamdulillah apabila dicuba, resepi ini sama persis dengan udang yang saya jamah sebelum ini. Credit goes to Ayu. tq ya Ayu. Saya juga mengolah resepi ini mengikut bahan yang sedia ada dan citarasa keluarga saya. Pastinya saya akan mengulang resepi ini di masa akan datang kerana ianya sangat disukai oleh ahli keluarga.

                                              



Original Sources: Mumtaj Begum Bte Omar-dari buku masakan Asmah Laili, Minta Ampun Sedapnya.

Bahan untuk Udang Masala
2 kg udang besar, kira-kira 20 ekor setiap satu 12cm panjang
Bahan A - digaul rata dan dikisar halus

10 biji bawang besar
6 batang lada hijau- saya skip sebab adik xsuka pedas
4 batang lada merah- saya skip
20 cm halia
10 biji bawang putih
6 biji tomato
6 sudu makan tomato pes atau puree
2 sudu makan serbuk kari daging- saya tambah  1 senduk
2 sudu makan serbuk rempah beriani- saya tambah 1 senduk
2 sudu teh serbuk jintan halus- saya tambah stgh senduk
4 sudu teh serbuk ketumbar-saya tambah suku senduk
1 senduk serbuk masala-boleh dibeli di kedai india
gula secukup rasa-ni saya tambah untuk menyeimbangkan rasa masam dan menyerlahkan rasa.

Bahan B - dikisar halus dan dicampurkan menjadi paste

1 cawan tairu
1 cawan badam
1 cawan kacang gajus
Bahan C
2 batang serai, dititik
3 biji bawang besar, dihiris halus
2 jari kayu manis
10 biji pelaga
10 kuntum cengkih
2 genggam daun ketumbar
2 genggam daun pudina
2 helai daun pandan
15 sudu makan ghee
15 sudu makan minyak

Cara - cara

Panaskan minyak, goreng udang sebentar, angkat dan ketepikan.  Panaskan minyak dan ghee didalam periuk. Tumis pandan dan serai sehingga wangi.  Masukkan kayu manis, pelaga dan cengkih.  Tumis lagi selama 5-10 minit. Masukkan hirisan bawang dan masak sehingga bawang layu dan kuning.  Masukkan pula rempah kisar "A", daun ketumbar, pudina dan masak lagi selama 20-25 minit dan kacau setiap 5 minit.  Setelah 30 minit masukkan semua Bahan B, gaul rata dan masak lagi selama setengah jam dengan api sederhana.  Jangan lupa kacau setiap 10 minit. Ini membantu memekatkan kuahnya.  Matikan api, segera masukkan udang goreng semasa rempahnya sedang panas. Gaul rata dan biarkan meresap sehingga naik minyaknya.

No comments:

Post a Comment