Tuesday 8 October 2013

Resepi kentang goreng kicap

This kind of dish is usually made specially for my younger sister yg plg kecil tu, favourite dia smpai meratah2. lauk ni sedap buat side dish untuk lauk yg berat spt kari and sambal ayam. senangnya ya ampun pejam mata pun ley buat. hehe. check it out. 


Bahan-bahan :

6biji kentang sederhana besar- dipotong 6
2 biji telur- dikocok
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
halia
lada benggala
serbuk lada sulah
1 senduk kicap
5 sudu besar sos cili 
5 sudu besar sos tomato
garam & gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Goreng kentang sampai empuk and bewarna keperangan dalam minyak gorengan terendam. angkat dan ketepikan.
2. Dengan sedikit minyak, tumis bawang besar, bwg putih, halia. kemudian campakkan lada benggala, sos cili, sos tomato, kicap, lada sulah, garam & gula.
3. masukkan pula kentang. gaulkan lebih kurang akhir sekali tuang telur dan kacau hingga jadi scramble egg. siap :)






Monday 7 October 2013

Resepi kari daging


Menu kt rumah hari ni simple je, kari daging. mcm2 versi kari yang saya jumpa di internet. Kebanyakannya menggunakan terlalu banyak bahan dan rempah sehingga diletak blackpepper dan mcm2 lagi. Namun pada saya, jika terlalu banyak rempah and bahan, kari akan jadi kurang sedap kerana terlalu banyak rasa yang perlu diseimbangkan. resepi simple warisan turun menurun keluarga juga yang enak tanpa bahan yang terlalu complicated. Untuk msakan kari di rumah, abah and mak suka kari cair untuk dibuat kuah dimakan bersama nasi putih, saya dgn adik2 pula lebih suka kuah kari pekat ala mamak, sedap dicecah bersama roti. di bawah adalah resepi kari versi yang pekat sedikit. kalau xsuka boleh la tambah air ya.



Bahan A:


1kilo daging
3 inci halia
kentang-direbus hingga empuk
tomato
santan dari 1biji kelapa
3 biji asam jawa- digaul dengan sedikit air
2 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
secubit jintan manis
secubit jintah putih
1 batang serai diketuk
2 batang daun kari
2 senduk serbuk kari baba's
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Bahan B (diblender bersama) :

2 senduk lada kering
1 biji bawang merah       
3 biji bwg putih

Cara-cara:
1. Rebus daging dengan halia sampai empuk and air hampir kering.
2.Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga,jintan manis, jintah putih sehingga naik bau. 

3. Ambil 2senduk daripada bahan B dan tumis sampai pecah minyak. baki cili blender tersebut boleh disimpan dlm peti ais untuk kegunaan akan datang.
4. campak serai, daun kari, kacau. kemudian masukkan sedikit demi sedikit serbuk kari dan serbuk kunyit, tumis sehingga naik bau. 
5. masukkan santan, biarkan ia mendidih bru masukkan air asam, air biasa dan daging. kacau selalu agar tidak pecah santan. didihkan sehingga kuah agak pekat dan naik minyak.
6. akhir sekali masukkan kentang dan tomato. siap :)


Thursday 3 October 2013

Resepi Nasi Goreng Black Pepper

hari ni hari malas untuk masak. terfikirkan hidangan yang simple and cepat siap... nasi goreng blackpepper.



Bahan-bahan :

4 cawan nasi sejuk
isi ayam dipotong kecil2
serbuk blackpepper-saya buat homemade je lg sedap dari beli di kedai yg ade MSG.kisar kasar je biji blackpepper.
garam

bahan kisar;

1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
4 sudu sos blackpeper
3 biji cili padi hijau
segenggam ikan bilis

1. tumbuk  atau kisar semua bahan2 kisar tanpa air. saya guna blender kering je, taruk sikit minyak. kemudian tumiskan.
2. campakkan isi ayam dan masak sampai ayam masak.

3. kemudian campak pula nasi putih.gaulkan dan sebatikan.
4. letak pula serbuk blackpepper. angkat dan siap dihidangkan.