Monday 7 October 2013

Resepi kari daging


Menu kt rumah hari ni simple je, kari daging. mcm2 versi kari yang saya jumpa di internet. Kebanyakannya menggunakan terlalu banyak bahan dan rempah sehingga diletak blackpepper dan mcm2 lagi. Namun pada saya, jika terlalu banyak rempah and bahan, kari akan jadi kurang sedap kerana terlalu banyak rasa yang perlu diseimbangkan. resepi simple warisan turun menurun keluarga juga yang enak tanpa bahan yang terlalu complicated. Untuk msakan kari di rumah, abah and mak suka kari cair untuk dibuat kuah dimakan bersama nasi putih, saya dgn adik2 pula lebih suka kuah kari pekat ala mamak, sedap dicecah bersama roti. di bawah adalah resepi kari versi yang pekat sedikit. kalau xsuka boleh la tambah air ya.



Bahan A:


1kilo daging
3 inci halia
kentang-direbus hingga empuk
tomato
santan dari 1biji kelapa
3 biji asam jawa- digaul dengan sedikit air
2 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
secubit jintan manis
secubit jintah putih
1 batang serai diketuk
2 batang daun kari
2 senduk serbuk kari baba's
1 sudu serbuk kunyit
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Bahan B (diblender bersama) :

2 senduk lada kering
1 biji bawang merah       
3 biji bwg putih

Cara-cara:
1. Rebus daging dengan halia sampai empuk and air hampir kering.
2.Tumis kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga,jintan manis, jintah putih sehingga naik bau. 

3. Ambil 2senduk daripada bahan B dan tumis sampai pecah minyak. baki cili blender tersebut boleh disimpan dlm peti ais untuk kegunaan akan datang.
4. campak serai, daun kari, kacau. kemudian masukkan sedikit demi sedikit serbuk kari dan serbuk kunyit, tumis sehingga naik bau. 
5. masukkan santan, biarkan ia mendidih bru masukkan air asam, air biasa dan daging. kacau selalu agar tidak pecah santan. didihkan sehingga kuah agak pekat dan naik minyak.
6. akhir sekali masukkan kentang dan tomato. siap :)


No comments:

Post a Comment