Wednesday 28 August 2013

Sotong Masak Kunyit

Untuk masak sehari-sehari saya lebih selesa menggunakan resepi campak-campak je.. semua bahan yang digunakan bergantung kepada bahan yang sedia ada di rumah. setiap keluarga mesti ada cara yang tersendiri dalam menyediakan juadah harian untuk keluarga. Lain orang lain caranya. namun, juadahnya hampir sama saja. salah satu lauk yang cukup sinonim dengan orang melayu adalah sotong masak kunyit. cara saya masak sotong adalah seperti di bawah, maaf ye semua bahan pakai agak2 aje. hehe.



Bahan-bahan:

1/2 kg sotong-dipotong ikut suka
1 biji bawang besar-dihiris
3 biji bawang putih-dihiris
1 cm halia-dihiris
1/2 cm kunyit hidup-dihiris
lada benggala/lada merah dan hijau-dihiris
1sudu kecil serbuk kunyit
3sudu minyak
sedikit garam

cara-cara:

1.Panaskan minyak.
2.tumis bawang besar sebentar saja, kemudian angkat dan ketepikan (bagi memastikan bawang tak layu and lembik semasa masak sotong).
3. masukkan bawang putih, halia, lada, kunyit hidup serta serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau. perasakan dengan garam. ps: tak perlu letak air ye kerana sotong ni akan keluarkan air dengan sendirinya. kalau letak air nanti meladung pula airnya.
4. masukkan sotong dan kacau. jangan masak terlalu lama nanti sotong keras dan liat. lagipun sotong sangat cepat masak. kalw potong kecil2 seperti saya, sebaik saja sotong melengkung sedikit bermakna dah masak dan sedia diangkat. 5. masukkan bawang besar yang sudah ditumis sebelumnya dan gaulkan sebelum diangkat. siapp :)






No comments:

Post a Comment